Monday, June 25, 2012

janganlah stress!!

Assalamualaikum...
waktu mencari bhn2 tk tugasan Cabaran dan Guru Semasa,...terjumpa artikel ini....
tjuk utama "Pengurusan stress""
diselitkan cerita motivasi...
silalah baca,..
xlama pun kan....


Dia telah mendirikan sebuah pondok dan berdoa setiap hari selama berbulan-bulan lamanya supaya akan ada orang yang menemuinya. Dia percaya dengan sepenuh hatinya bahawa Tuhan akan mendengar doanya itu. Sehinggalah pada suatu hari bekalan makanannya habis dan dia terpaksa masuk ke perut hutan. Si anak kapal tetap bersabar dengan hujan panas serta ribut petir yang melanda. Sekembalinya, pondok didiami telah hangus terbakar. Pada saat itu, dia begitu marah dan bertanya kenapa Tuhan memperlakukannya sedemikian rupa di sebalik kesabarannya dengan ujian Tuhan.

Keesokan harinya, ada sebuah bot kecil menghampiri tepian dan dia menjerit serta melambai-lambai ke arahnya. Akhirnya, dia berjaya diselamatkan. Anak kapal tadi bertanyakan pemilik bot, bagaimana dia boleh menjumpainya. Jawabnya, ‘‘Semalam, saya ternampak asap (dari pondok yang terbakar).”




Jadi,..pengajaran disebalik cerita ni,...


Percayalah, Allah tidak akan menguji manusia lebih daripada yang mampu ditanggung mereka. Allah lebih menyayangi hamba ciptaan-Nya ini lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri. Buktinya, walau kita sering lalai dan alpa, selagi tidak kiamat dan tidak tertutup pintu taubat, selagi itulah DIA mengampuni dosa-dosa yang dilakukan. Cuma, dalam tempoh ujian (stress) tersebut, jangan mudah mengalah kepada godaan syaitan walau apa cara sekalipun. Gantungkan pengharapan kita kepada-NYA. :)






kongsi indahkan.. (^_______^)




ps://ingatan kpd diri jgn stress2,..smoga dpt lalui fasa2 internhip ini dgn baik...
ok,...mood final sem,..yeahhh~

No comments:

Post a Comment